Gambar: IPD Bentong

KUANTAN – Seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3, Jalan Bentong menghala ke Kuala Lumpur berhampiran simpang tiga di kedai Lemang To’ki Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 33 tahun dari arah Bentong menghala ke Raub manakala motosikal dinaiki mangsa dari Kampung Kuala Repas menghala ke Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu telah melanggar mangsa yang ketika itu hendak keluar dari simpang,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan itu, Zaiham berkata, mangsa bernama Tengku Aida Nazura Tengku Ahmat, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast