Letusan Gunung Berapi Kilauea.

HAWAII – Gunung Berapi Kilauea memuntahkan lava secara berterusan setinggi kira-kira 50 hingga 100 kaki, menyaksikan siri letusan kali ke-38.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, episod letusan gunung berapi itu berlaku di kawah Halemaʻumaʻu bersambung kira-kira jam 8.45 pagi, hari Sabtu (6 Disember 2025).

Semua aktiviti letusan “terhad kepada kawah Halemaʻumaʻu dalam Taman Negara Gunung Berapi Hawaii,” kata perkhidmatan itu, dan lapangan terbang tempatan dijangka tidak terjejas oleh gas atau abu gunung berapi.

Tanda-tanda episod baharu bermula pada 12.50 tengah hari pada 5 Disember, apabila terdapat pancutan lava kecil berselang-seli dan enam limpahan awal diperhatikan dari vent utara.

Limpahan berterusan kemudian mula keluar dari Kīlauea dan meningkat dalam intensiti sehingga 8.45 pagi, ketika pancutan lava menjadi stabil.

USGS menambah, ketinggian pancutan semakin meningkat dengan cepat.

Agensi Pertahanan Awam Daerah Hawaii pula menasihatkan penduduk dan pelawat supaya mengelakkan kawasan tersebut kerana paras gas yang meningkat dan tefra (zarah kaca halus yang boleh merengsakan kulit dan mata), terutamanya bagi mereka yang mempunyai sensitiviti atau masalah pernafasan.

Tefra juga boleh mengurangkan jarak penglihatan di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Agensi itu memantau paras gas gunung berapi yang tinggi – satu fenomena dipanggil “rambut Pele,” iaitu helaian kaca gunung berapi yang “sering dihasilkan oleh aktiviti pancutan lava” dan boleh “dibawa lebih 10 batu (15 kilometer) dari lohong letusan”.

Serpihan kaca gunung berapi yang panas “boleh merebak ke tanah dalam jarak 1–2 batu (1–3 kilometer) dari lohong letusan.

Letusan Kīlauea bermula pada 23 Disember 2024 dan telah menunjukkan pola episod yang biasanya berlangsung sekitar sehari atau kurang, dengan selang jeda beberapa hari antara siri letusan.

Menurut ahli vulkanologi Amerika Syarikat, letusan inni menandakan hampir setahun sejak salah satu gunung berapi paling aktif di dunia itu mula meletus.

Gunung Berapi Kilauea sangat aktif sejak 1983 dan kerap meletus.

Ia adalah salah satu daripada enam gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii, yang turut termasuk Mauna Loa, gunung berapi terbesar di dunia.

Gunung Berapi Kilauea jauh lebih kecil dari Gunung Berapi Mauna Loa yang terletak bersebelahan, tetapi jauh lebih aktif dan sering memukau para pelancong yang menaiki helikopter untuk menyaksikan pertunjukan lava merah menyala. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast