Dua wanita Filipina ditahan selepas disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika bekerja di sebuah pusat beli belah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru semalam.- Foto Ihsan JPN

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua wanita warga Filipina yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat beli-belah di Taman Desa Tebrau di sini semalam kerana memiliki dan menggunakan kad pengenalan palsu.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN Putrajaya bersama-sama BSK JPN Johor menahan kedua-dua wanita tersebut yang berusia 33 dan 53 tahun.

“Mereka ditahan dalam operasi Op Kutip selepas didapati menggunakan dokumen pengenalan diri palsu ketika pemeriksaan dibuat. Kedua-duanya kemudian dibawa ke JPN Johor dan diserahkan kepada BSK JPN Johor untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua wanita itu disyaki melanggar Peraturan 25(1)(e) PPN 1990 (Pindaan 2007) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” maklum kenyataan itu.

JPN memberitahu, operasi yang dijalankan adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka dalam menangani isu penyalahgunaan kad pengenalan dalam kalangan warga asing.

JPN menyeru orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat bagi membanteras isu penyalahgunaan dokumen pengenalan diri ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast