SEGAMAT – Hospital Segamat merakam ucapan takziah kepada Nurazrein Zainal, 43, yang terkorban selepas ambulans dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kluang, hari ini.

Pengarah Hospital Segamat, Dr Faidzal Adlee Abdul Ghafar memaklumkan semua warga kerja merakam ucapan takziah kepada arwah Nurazrein yang berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am Gred H1.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam kemalangan tersebut, Nurazrein maut tercampak manakala dua pembantu perubatan dan seorang pesakit cedera selepas ambulans dinaiki terlibat kemalangan pada pukul 1.10 petang melibatkan sebuah ambulans dari Hospital Segamat.

Insiden itu membabitkan empat mangsa iaitu Nurazrein, dua pembantu perubatan wanita serta seorang pesakit wanita.

Difahamkan mangsa yang beralamat di Bandar Putra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Kemelah, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast