Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR – Seorang penganggur berputih mata selepas wang simpanannya RM310,000 lesap selepas tertarik dengan tawaran keuntungan tinggi sekiranya menyertai satu pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 47 tahun terperangkap selepas melihat satu iklan pelaburan dalam YouTube pada September lalu.

“Iklan tersebut menawarkan keuntungan tinggi dan lalu mangsa mengisi maklumat peribadinya sebelum dihubungi melalui aplikasi Whatsapp oleh individu tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudian me menperkenalkan satu aplikasi pelaburan dan menjanjikan pulangan antara 10 hingga 30 peratus daripada modal yang dilaburkan.

Mangsa katanya, yang bergantung dengan wang simpanan sebagai sumber kewangan telah membuat 17 transaksi dari 10 November hingga 5 Disember lalu dengan keseluruhan jumlah bayaran RM310,000.

“Setelah log masuk ke dalam aplikasi tersebut, mangsa mendapati paparan menunjukkan kononnya pelaburan telah berkembang kepada lebih RM2.5 juta,” ujarnya

Jelasnya, mangsa menyedari pelaburan tersebut merupakan satu penipuan ketika cuba mengeluarkan wang hasil keuntungan dan diminta mangsa membayar yuran tambahan RM382,811.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda.

Pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon meragukan.

Sebaliknya kata beliau, membuat semakan melalui nombor rasmi agensi berkaitan melalui nombor rasmi agensi berkaitan atau portal Semak Mule atau portal Semak Mule, talian CCID Scam Response Centre.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast