Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Projek rancangan tebatan banjir di Sungai Kenau, Sungai Lembing, di sini, dijangka siap 27 November tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan projek yang bermula pada 5 Julai lalu kini 16.84 peratus siap berbanding jadual 16.33 peratus, iaitu awal empat hari.

”Kajian reka bentuk dan kerja yang berkaitan bermula pada 28 November 2023 dan siap pada 4 Julai tahun ini.

“Projek yang dilaksanakan ini membabitkan kerja mendalam, mengorek dan mengepam air serta tindakan pembersihan tebing,” katanya sambil menambah projek berkenaan dilaksanakan secara kontrak reka .

Wan Rosdy menjawab soalan Ayub Mat Ashri (Pas-Sungai Lembing) yang ingin tahu status projek tebatan banjir di Sungai Kenau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15, di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek tebatan banjir itu akan memberikan manfaatkan kepada rakyat terutamanya penduduk di kawasan Sungai Lembing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast