Tengku Azman Tengku Jalal, 46 dan isterinya, Siti Nurulaini Johari, 40, masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barangan termasuk ikan cencaru, kicap, bir dan pewangi ketiak dua tahun lalu.

MELAKA – Sepasang suami isteri masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barangan termasuk ikan cencaru, kicap, bir dan pewangi ketiak dua tahun lalu.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Tengku Azman Tengku Jalal, 46 dan isterinya, Siti Nurulaini Johari, 40 selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan peguam tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa mencuri lima ekor ikan cencaru, kicap manis Kipas Udang, empat tin minuman Guinness Foreign Extra Stout, dua Rexona Shower dan Rexona Advance.

Turut dicuri adalah WC precut 12 keping seberat 1.6 gram, keseluruhannya bernilai RM70.69 milik Pasaraya Lotus Cheng, Taman Paya Rumput Utama, Melaka pada kira-kira jam 6.30 petang 27 September 2023.

Tengku Azman Tengku Jalal, 46 dan isterinya, Siti Nurulaini Johari, 40, masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barangan termasuk ikan cencaru, kicap, bir dan pewangi ketiak dua tahun lalu.

 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kejadian disedari seorang jurujual lelaki yang bekerja di premis tersebut sebelum memaklumkan kepada pengurus bertugas.

Mereka kemudian menahan Siti Nurulaini ketika keluar tanpa membuat pembayaran, manakala Tengku Azman melarikan diri sebelum berjaya ditahan semula oleh polis bersama barangan rampasan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Tertuduh yang diwakili peguam, Amritpal Singh bagaimanapun memohon hukuman ringan kerana Tengku Azman hanya bekerja sebagai penghantar barang manakala isterinya yang merupakan pesakit buah pinggang tidak bekerja.

Selain itu, hujahnya pasangan itu perlu menanggung tiga anak yang masih kecil dan barangan dicuri adalah keperluan asas dan sudah insaf terhadap kesalahan kali pertama dilakukan itu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tertuduh dipenjara satu hari bermula hari ini dan denda RM400 atau dua bulan penjara jika gagal bayar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast