Adnan Mat
Adnan Mat

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Adnan Mat hari ini berjaya mengekalkan kerusi Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk penggal ketiga berturut-turut.

Adnan memenangi pertandingan bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS sesi baharu bagi 2025 hingga 2028 pada Konvensyen Kali Ke-30 kali ini.

Ia menandakan keyakinan tinggi anggota terhadap kepimpinan beliau yang berwibawa dan komited dalam memperjuangkan hak serta kebajikan penjawat awam.

Selain Adnan kekal presiden, barisan kepimpinan tertinggi CUEPACS bagi sesi 2025/2028 telah diumumkan jawatan timbalan presiden disandang oleh Azman Shah Abdul Rahman dan Maliki Bin Omar.

Sementara itu, Setiausaha Agung CUEPACS ialah Hasmi  Hamidan dibantu oleh tiga individu sebagai Timbalan Setiausaha Agung iaitu Mohd Fadli Mohd Noor, Mohd Zool Asmani Mahmood dan Mazmir Mohd Amin.

Bagi jawatan kewangan, Anuar Mamat dilantik sebagai Setiausaha Kewangan manakala Rozimas Ismail dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kewangan.

Konvensyen kali ini juga menyaksikan penambahan tenaga baharu dalam kepimpinan dengan pemilihan seramai 17 naib presiden baharu serta 17 penolong setiausaha baharu.

Sementara itu, Adnan dalam ucapan penutup beliau merakamkan ucapan terima kasih atas mandat yang diberikan dan berjanji untuk terus mengukuhkan peranan CUEPACS sebagai suara utama penjawat awam di Malaysia dan menjamin kesejahteraan anggota.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast