KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat Alam Flora menemui janin bayi lelaki ketika sedang memunggah sampah ke dalam lori di kawasan Bukit Jalil, Cheras pada pukul 12.51 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, lelaki itu kemudian melaporkan penemuan tersebut di Ibup Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Susulan itu, pihaknya kini melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis Cheras mengesahkan telah menerima laporan mengenai janin bayi yang dijumpai di dalam sebuah lori sampah,” katanya menerusi kenyataan.

Aidil  menasihati orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi pihaknya bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang berlaku boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Elfi di talian +601110048773 atau disalurkan kepada Hotline Polis Daerah Cheras di talian 0392845050, Hotline Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana Balai Polis yang berhampiran.

Terdahulu, tular menerusi video di media sosial mengenai penemuan jasad bayi ditemui di dalam sebuah lori sampah.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast