Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes tembakan di Jalan Rasah, berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, yang mengorbankan seorang pengawal peribadi, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 30-an hingga 40-an itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di Nilai, Seremban dan Port Dickson.

“Mereka ditahan semalam dan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini. Perintah reman lima hari sehingga 15 Disember telah dikeluarkan bagi membantu siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau memaklumkan jes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dua lelaki tempatan yang berada dalam sebuah Perodua Myvi ditembak oleh individu tidak dikenali sebelum orang awam membawa mereka ke Hospital Tunku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Seorang daripada mangsa, berusia 43 tahun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal peribadi, meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala seorang lagi mangsa yang parah didapati mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan.

Polis kini menyiasat motif kejadian termasuk kemungkinan ia berkaitan konflik peribadi atau jenayah terdahulu mangsa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast