KUANTAN – Sebanyak 2,969 kertas siasatan komersil telah dibuka berbanding 2,083 pada tempoh yang sama bagi tahun 2024 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 42.5%.
“Tahun ini, sebanyak 1,951 tangkapan telah berjaya dilaksanakan dan meningkat 21.6% berbanding 1,605 tangkapan pada tahun sebelumnya.
“Jumlah perrtuduhan juga didapati bertambah kepada 1,068 atau 14.7% lebih tinggi berbanding 931 pertuduhan pada tahun 2024,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini.
Manakala kerugian pula meningkat sebanyak 3% iaitu dari RM87.9 juta pada 2024 kepada RM90.5 juta pada tahun ini.
Bagi kes National Scam Response Centre (NSRC), JSJK Pahang berjaya menyita barang berjumlah RM318,605.14
Selain itu, sebanyak RM188,025.55 telah dipulangkan kepada mangsa dan ia kadar pemulangan yang tinggi iaitu sebanyak 59%. – MalaysiaGazette
















