Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

KUALA LUMPUR – Menganggap perjuangan untuk pekerja belum selesai di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), namun Steven Sim tetap bersedia menerima tanggungjawab baharu untuk menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) susulan rombakan Kabinet, semalam.

Katanya, amanah yang dipikul di kementerian baharu adalah besar terutamanya dalam menyambung perjuangan Kerangka Ekonomi Madani bagi menaikkan siling lantai sosioekonomi negara.

Jelas beliau, PKMS dan koperasi adalah pemacu utama ekonomi negara yang mana ekonomi yang maju akan memberi kemakmuran kepada pekerja dan rakyat Malaysia.

“Terima kasih kepada YAB PMX atas keyakinan ke atas diri saya. Akhir sekali, kat mana-mana pon, kita Jalan Teruih!” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Dalam masa yang sama, Steven menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat semasa beliau memimpin KESUMA selama dua tahun.

“Terima kasih kepada Timbalan saya di KESUMA, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan seluruh warga KESUMA atas segala kerjasama, tunjuk ajar dan usaha yang telah dihulurkan. Saya akan menghargainya sampai bila-bila. Penjawat awam benteng negara!,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast