Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat); serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang membabitkan Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Keadaan cuaca itu juga diramalkan melanda beberapa kawasan di Sabah, iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu).

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast