KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeleweng lapan tan minyak masak paket bersubsidi dengan bernilai RM65,825 menerusi  operasi bersepadu yang dijalankan di Kampung Bunohan, Tumpat semalam.

KPDN Kelantan menerusi kenyataan berkata, operasi yang dijalankan pada 2.57 petang dengan kerjasama pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada mulanya mendapati sebuah lori jenis Isuzu dengan nombor pendaftaran tempatan dalam keadaan mencurigakan.

Sementara itu, pasukan operasi telah mengekori dan semasa serbuan dilakukan pemandu motolori bersama dua individu yang dipercayai sebagai kelindan telah bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran,” katanya menerusi kenyataan.

Hasil pemeriksaan mendapati  terdapat kira-kira 450 kotak yang berisi minyak masak paket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan di dalam lori tersebut.

Justeru, pihak KPDN telah menyita sebuah motolori Isuzu bernilai RM45,000.00 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330 kilogram dengan nilai RM20,825.” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Terdahulu, katanya, usaha mengesan suspek dilakukan selama hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian namun kesemua individu terbabit gagal dikesan dan tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik kenderaan dan barangan berkenaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast