Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan UMNO wajar memikirkan semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya isu titah adendum membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap serius dan bercanggah dengan perjuangan parti mempertahankan kedaulatan raja-raja. Beliau turut mencadangkan pemimpin UMNO melepaskan jawatan dalam kerajaan demi mengembalikan kuasa dan pengaruh parti tanpa bergantung kepada mana-mana pihak.















