Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan krisis yang berlaku di Perlis melambangkan kelemahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan orang-orang sekelilingnya.

Dakwanya, Muhyiddin bukan saja gagal membaca suasana di Perlis, tetapi juga tidak berbuat apa-apa untuk mencapai penyelesaian awal.

Wan Saiful berkata, beliau yang mengikuti perkembangan politik Perlis secara dekat berkata, walaupun diam, politik Perlis bukan baru bergolak hari ini.

Krisis itu seharusnya ia boleh diselesaikan dengan lebih teratur dan murni, jika jalan penyelesaian diusahakan lebih awal.

Dakwanya, seperti biasa, apabila ada krisis, Muhyiddin memilih bersuka ria dengan keluarga di luar negara.

“Hujung tahun lepas, semasa Bendahari PN (Perikatan Nasional) protes letak jawatan, Muhyiddin pergi luar negara. Hari ini, cuba agak di mana Muhyiddin?

“Adakah MPT Bersatu pernah bermesyuarat apa-apa mengenai suasana di Perlis?

“Yang menariknya, ada pula cubaan untuk mengalih tanggungjawab kepada timbalan presiden. Kalau semua bebanan nak serah kepada timbalan presiden, adakah Presiden boneka saja?,” soal beliau.

Dalam kenyataan hari ini, Wan Saiful turut meminta Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, supaya berhenti berperangai macam cybertrooper bermasalah mental.

Katanya, sekarang bukan masa untuk menjadi batu api.

Wan Saiful berkata, beliau sudah lama mengatakan hubungan dengan Pas adalah hubungan yang berharga dan parti itu jangan berperangai besar kepala.

“Tapi bila saya bercakap bahawa pendekatan Muhyiddin dan penjilat-penjilatnya adalah salah dan songsang, akibatnya kena pecat.” katanya.

Menurutnya, Pas sudah bertegas dan sekarang kita tunggu dan lihat apa tindakan Muhyiddin dan Bersatu mesti ada pendirian yang membayangkan setia kawan.

“Jika tidak, maksudnya Muhyiddin memberi restu.

” Paling penting, semua pihak perlu dapatkan pandangan dan nasihat Istana Arau. Tuanku Raja Perlis dan Tuanku Raja Muda Perlis jauh lebih dihormati dan disayangi oleh rakyat Perlis berbanding mana-mana ahli politik.

“Jika tidak, langkah yang diambil pasti sumbang.,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast