KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap Bahaya di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga Isnin depan.

MeTMalaysia berkata, amaran itu membawa ramalan cuaca hujan sangat lebat dan berterusan tahap bahaya melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Putih.

Manakala di Terengganu adalah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, hujan sangat lebat tahap buruk dijangka melanda beberapa kawasan lain di dua-dua negeri itu termasuk Pahang.

“Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Manakala Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran waspada terhadap cuaca yang sama di Gua Musang (Kelantan), Jerantu, Maran dan Bera (Pahang) serta Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast