KUALA LUMPUR –Seorang maut selepas ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan kira-kira 30 rumah setinggan di Pekan Sangan, Tatau, Sarawak pada lewat malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri itu dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada jam 11.18 malam.

Menurutnya, semua struktur tidak kekal dilaporkan terbakar hampir 100 peratus.

Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan kira-kira 30 rumah setinggan terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sangan Iban dan musnah sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, lokasi kejadian yang terletak di seberang sungai tanpa akses jalan raya menyukarkan operasi pemadaman.

Justeru katanya, pasukan operasi menggunakan perahu milik penduduk untuk menyeberang sungai dan pemindahan peralatan.

Pasukan operasi juga masih mengumpulkan maklumat jumlah sebenar mangsa yang tinggal di kawasan setinggan itu,” katanya.

Selain itu ujarnya, identiti mangsa masih disiasat.MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast