Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad melihat barang kes yang dilupuskan pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 DISEMBER 2025

SERDANG – Indeks jenayah di Serdang meningkat 99 kes kepada 810 pada 2025 berbanding 711 kes pada tahun lepas terutamanya melibatkan kejadian curi kabel.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, terdapat banyak faktor menyumbang kepada peningkatan jenayah tahun ini, namun pihaknya berjaya menyeimbangkan pertuduhan kes di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad bercakap ketika sidang media pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 DISEMBER 2025

“Kita berjaya menaikkan peratusan pertuduhan seperti yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang hari ini.

Terdahulu, Muhamad Farid melupuskan kita-kira RM3.5 jutaa barang kes am yang dirampas sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad ketika melakukan gimik pelupusan barang kes pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 DISEMBER 2025
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad melihat barang kes yang dilupuskan pada Majlis Pelupusan Barang Kes di IPD Serdang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 30 DISEMBER 2025

Antaranya ialah 283,872 kotak rokok, 53,691 tin dan botol minuman keras, 178 unit barang judi, 353 mesin Bitcoin dan lain-lain.

Beliau berkata, kesemua barang kes yang dilupuskan melibatkan  673 kertas siasatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast