Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyantuni waris kepada seorang pendeposit Simpan SSPN Plus, Allahyarhamah Rohaya binti Jaafar menerusi Program Ziarah Kasih Simpan SSPN yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 15 Mei lalu.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, “Program Ziarah Kasih Simpan SSPN ini mencerminkan keprihatinan PTPTN terhadap pendeposit dan keluarga mereka. Penyerahan manfaat takaful ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan waris pendeposit dalam meneruskan kelangsungan hidup serta memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi saat kesukaran. Di sebalik peranan Simpan SSPN sebagai simpanan pendidikan, perlindungan takaful yang disediakan juga merupakan satu bentuk jaminan dan sokongan kepada pendeposit serta keluarga yang ditinggalkan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast