Gambar hiasan.

KUANTAN – Seramai 37 orang warganegara asing tanpa izin (PATI) telah ditahan di Cameron Highlands dalam tempoh dua bulan bermula 1 November lepas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, kesemua mereka telah diambil tindakan di atas Seksyen Kesalahan 6 (1) (c) Akta Imigresen.

“Kesemua mereka terdiri daripada 36 lelaki dan seorang perempuan membabitkan 25 lelaki daripada Bangladesh, 10 lelaki daripada Myanmar, seorang lelaki daripada Pakistan dan seorang wanita daripada Indonesia.

“Sepanjang operasi bersepadu pencegahan jenayah (PATI) dijalankan, polis telah memeriksa seramai 136 orang warga negara asing,” katanya dalam kenyataan.

Azri Ramli

Azri berkata, operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan bagi mengurangkan kadar jenayah melibatkan warga asing dan membanteras kebanjiran warga asing tanpa dokumen yang sah di daerah tersebut.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak polis.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast