Beberapa individu yang terlibat dalam kekecohan di Kampung Sungai Baru sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada September lalu, dibawa bagi tujuan pendakwaan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 02 JANUARI 2026

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret  hari ini atas tuduhan mencederakan bekas Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman di Kampung Sungai Baru pada tiga bulan lalu.

Remaja itu membuat pengakuannya di hadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri.

Berdasarkan pertuduhan, remaja  tersebut melakukan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga menyebabkan kecederaan lebih kurang pukul 10.50 hingga 11.14 pagi di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru pada 11 September lalu.

Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan tujuan menakutkan Sulizmie yang menjalankan kewajipannya pegawai kerajaan ketika itu.

Remaja itu dituduh melakukan kesalahan di bawah bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.

Remaja itu dibenarkan ikat jamin RM500. Bagaimanapun dia perlu mengemukakan laporan akhlak kepada mahkamah.

Dalam pada itu, enam lagi individu mengaku bersalah di bawah Seksyen  145 Kanun Keseksaan kerana menyertai himpunan yang menyalahi undang-undang iaitu menentang proses notis pengosongan rumah di kawasan berkenaan.

Enam individu berkenaan adalah  Mohd Sopirman Mohd Yunus (31); Muhammad Redzuan Kamal Abdul Rahman (19); Muhammad Fallah Islahudden Shah Abdul Fattah (20) dan Muhammad Azhar Salleh.

Empat individu itu didenda RM3,5000 manakala dua remaja bawah umur diperintah mengemukakan laporan akhlak.

Selain itu, seorang tertuduh, Ariffin Abu Bakar, 55, tidak mengaku bersalah terlibat dalam himpunan kekecohan berkenaan.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM2,800.

Seorang lagi tertuduh, Zaharudin Muhammad, 50, pula tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Terdahulu, kes tersebut diwakili oleh Pendakwa Raya, Nurul Farhanah Arul Hisham dan tarikh sebutan seterusnya adalah 4 Febuari 2026.

Sebagai rekod, pada 11 September lepas, media melaporkan beberapa individu ditahan berhubung kecederaan yang dialami bekas KPD ketika berlaku rempuhan oleh sekumpulan individu di Kampung Sungai Baru.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat terkena objek yang dibaling oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di kawasan berkenaan.

Operasi itu dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

OCPD Dang Wangi cedera kena baling batu, operasi Kg Sungai Baru semakin tegang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast