Oday Kharoub

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan kehadiran pemain kebangsaan Palestin, Oday Kharoub bakal memperkuat pasukan itu sehingga penghujung musim 2025-26.

Bekas kapten Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang berusia 32 tahun itu akan beraksi di posisi pertahanan tengah selain juga berkebolehan berperanan sebagai pemain tengah serta pemain tengah menyerang.

“Oday Kharoub sah menyertai Negeri Sembilan FC sehingga penghujung musim ini. Pemain berusia 32 tahun ini beraksi di posisi tengah bertahan dan turut berkebolehan berperanan sebagai pemain tengah serta pemain tengah menyerang.

“Oday merupakan tonggak berpengalaman pasukan kebangsaan Palestin dengan 46 penampilan antarabangsa,” katanya kelab itu di Facebook miliknya hari ini.

Oday sebelum ini pernah beraksi bersama Al-Ahly SC iaitu sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Benghazi, Libya.

Kehadirannya diharapkan mampu menambah kestabilan, kepimpinan dan kualiti di jentera tengah skuad Hobin Jang Hobin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast