Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan berganjak walau seinci sekali pun dalam mempertahankan prinsipnya.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya dikritik malah berdepan dan melawannya sebelum ini.

Namun, tegasnya, kritikan dan prinsip adalah dua perkara yang berbeza.

“Kritik selama ini pun saya dikritik dan saya tidak ada masalah malah saya melawan lagi. Tetapi prinsip saya tidak akan pernah berganjak walau seinci.

“Itu bezanya,” katanya ringkas menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan meminta pemimpin sayap pemuda dalam parti politik supaya sentiasa meraikan perbezaan pendapat serta bersedia menerima kritikan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan Pemuda UMNO dan memahami bahawa pemuda sentiasa mempunyai idealisme berbeza.

Kenyataan Ahmad Zahid itu sebagai reaksi terhadap Dr Muhamad Akmal yang memberi bayangan kemungkinan meletak jawatan susulan polemik gesaan Pemuda UMNO supaya parti itu mengkaji kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast