Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra bersama pelajar pada hari pertama Pembukaan Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2026 di SJK (C) Ladang Regent Elmina, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 12 JANUARI 2026.

SHAH ALAM – Empat sekolah di sekitar Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang dekat sini yang rosak akibat ribut pada tahun lalu telah siap dibaiki.

Menteri Pendidkan, Fadhlina Sidek berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya mula sesi persekolahan hari ini.

Manakala, SK Kampung Medan akan siap sepenuhnya pada Febuari.

“Saya ucap terima kasih kepada Janatan Kerja Raya (JKR)  kerana empat-empat sekolah sudah dibaiki lebih awal daripada jangkaan kita.

“Ini kerja sangat menakjubkan terima kasih juga kepada kerajaan negeri Selangor memberikan tumpuan pembaiki sekolah ini bagi memastikan sekolah beroperasi semula,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent, Elmina hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerja-kerja baik pulih empat sekolah di Sijangkang yang terjejas akibat ribut pada 15 Okt 2025 dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, sebanyak RM10.1 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi proses baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang pada 15 Oktober tahun lalu, sebanyak empat sekolah terjejas, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan akubat ribut.

Kemudian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kos keseluruhan membaiki kesemua sekolah adalah RM10.1 juta.- MalysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast