@malaysiagazette Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi detik terakhir beliau melangkah masuk ke pejabat Exco Kerajaan Negeri Melaka selepas mengumumkan peletakan jawatannya minggu lalu. Menerusi perkongsian di Facebook Muhammad Akmal menegaskan, jawatan dan pangkat hanyalah bersifat sementara, manakala maruah dan prinsip akan kekal selamanya. Beliau sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Kerajaan Negeri Melaka, berkuat kuasa minggu ini, sebagai satu keputusan berprinsip demi mempertahankan maruah, prinsip perjuangan serta suara rakyat dan akar umbi parti. MalaysiaGazette Video : FB Dr Akmal Saleh
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi detik terakhir beliau melangkah masuk ke pejabat Exco Kerajaan Negeri Melaka selepas mengumumkan peletakan jawatannya minggu lalu.
Menerusi perkongsian di Facebook Muhammad Akmal menegaskan, jawatan dan pangkat hanyalah bersifat sementara, manakala maruah dan prinsip akan kekal selamanya.
Beliau sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Kerajaan Negeri Melaka, berkuat kuasa minggu ini, sebagai satu keputusan berprinsip demi mempertahankan maruah, prinsip perjuangan serta suara rakyat dan akar umbi parti.
Akmal turut menegaskan, amanah yang diberikan kepadanya adalah hasil sokongan rakyat.
Justeru, menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankan suara mereka melebihi kepentingan peribadi.
“Saya diangkat ke jawatan ini kerana rakyat. Maka wajib saya pertahankan suara mereka kerana kepentingan dan tanggungjawab lebih penting daripada kepentingan diri saya,” tulisnya di laman sosial itu.
Dalam pada itu, Muhammad Akmal merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka dengan ucapan, “Terima kasih Seri Negeri, sampai kita bertemu lagi.”
Pada Khamis lalu, Dr Akmal dilaporkan berkata, keputusan meletakkan jawatan dibuat atas dasar tanggungjawab, prinsip dan maruah, selain demi kepentingan parti, selaras dengan suara akar umbi yang menuntut UMNO tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Peletakan jawatan tersebut turut disifatkan sebagai langkah berprinsip yang mencerminkan komitmen kepimpinan Pemuda UMNO untuk mengutamakan kepentingan parti serta prinsip perjuangan berbanding kedudukan atau jawatan dalam kerajaan. – MalaysiaGazette















