KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditemui tidak sedarkan diri dipercayai dibunuh di kawasan Klang Utara dekat sini hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar pukul 7.26 pagi.
“Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 31 tahun mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Manakala satu lagi kes di bawah Seksyen 6 Kata Bahan Kakisan dan letupan serta senjata berbahaya (SHOD)” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Shazeli, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Asisten Supritendan Muhamad Ramli di talian 012-9392198 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di talian 03-32912222. – MalaysiaGazette
















