Lambang Polis Diraja Malaysia.

KUALA LUMPUR – Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Hulu Selangor memberkas tiga lelaki warga tempatan bersama 12 paket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin dan dua paket syabu di Serendah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ibrahim Husin berkata, susulan itu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, beliau memohon dan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan dadah, jenayah dan sebarang aktiviti yang mencurigakan untuk tampil atau menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah, Balai-balai berdekatan atau FB messenger Polis Dearah Hulu Selangor.

“PDRM Hulu Selangor akan mengambil tindakan segera ke atas setiap maklumat serta aduan yang diterima tanpa sebarang kompromi serta prejudis.

“Kerjasama daripada masyarakat amat dialu-alukan bagi mengekalkan persekitaran yang kondusif serta selamat selaras dengan moto pasukan PDRM,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast