KUALA LUMPUR – Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia mahu kerajaan melakukan sesi dialog bersama mahasiswa sebelum Rang Undng-Undang Penggubalan Akta Politeknik dan Kolej Komuniti dibaca buat kali pertama di Parlimen.

Menurutnya, sesi itu penting supaya mahasiswa tahu dan dapat memberi maklum balas penambahbaikan yang akan dilakukan.

Mereka juga mahu pertemuan bersama gerakan masyarakat sivil dan gerakan mahasiswa di Malaysia bagi menilai hak soal keadilan sosial dan gerakan mahasiswa serta respons terhadap rang undang undang ini.

“Selaras apa yang dikatakan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk memperkasa Politeknik dan Kolej Komuniti agar setara dengan arus pembangunan pendidikan tinggi negara, mahasiswa perlu mendapatkan hak mereka dari segi keadilan sosial dan bersikap terbuka kepada mahasiswa.

“Kerajaan perlu berhenti anaktirikan mahasiswa politeknik dan kolej komuniti dari sebarang agenda yang melibatkan mahasiswa terutama hak mahasiswa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu, Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia berkata, Rang Undang Undang Politeknik dan Kolej komuniti sudah mula dirancang sejak tahun 2024, dengan penglibatan beberapa pihak daripada industri dan pengurusan institusi.

Bagaimanapun, katanya, tiada perlibatan mahasiswa bagi sesi dialog mahupun menerima permintaan mahasiswa secara serius.

“Hari ini kerajaan mengumumkan penggubalan Akta Politeknik dan Kolej Komuniti. Ini bukti nyata kerajaan pada harini bersikap retorik dan pinggirkan suara mahasiswa yang hanya ingin menuntut hak mereka,” katanya.

Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia menambah, pada tahun lalu, pihaknya sudah menyerahkan memorandum kepada Ketua Pengarah Jabatan pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), surat terbuka kepada JPPKK dan Jabatan Pendidikan Tinggi.

Namun, dakwanya, tiada respons rasmi serta jemputan bagi perbincangan berkenaan Rang Undang Undang Politeknik dan Kolej Komuniti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast