KUALA LUMPUR – Hantaran terkini di Facebook Datuk Seri Hishamuddin Hussien hari ini mendapat perhatian luar biasa warga net.
Menerusi hantaran yang mengandungi tiga keping gambar beliau sedang berbual dalam keadaan ceria dan bergelak-ketawa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Presiden UMNO itu hanya memuat naik sepotong kapsyen ringkas.
“Luang masa berbincang satu dua perkara dengan perkara dengan PMX Anwar Ibrahim ketika sesi Parlimen tadi,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, tiada lagi kenyataan lanjut daripada Ahli Parlimen Semberong berhubung gambar-gambar tersebut.
Bagaimanapun, hantaran itu mendapat reaksi positif daripada warga net yang meninggalkan komen seperti “sekeping gambar, seribu cerita,” “selamat kembali, tuan!” dan “syukur, walaupun berbeza fahaman politik, tetapi hubungan sesama masih dijaga demi kebaikan agama dan negara. Ini lebih baik daripada saling memfitnah.”


Setakat jam 6.15 petang ini, hantaran berkenaan sudah menerima lebih 4,400 tanda suka, 511 komen dan 174 perkongsian.
Hishamuddin yang merupakan bekas Menteri Pertahanan dan pernah menjawat pelbagai penting dalam kerajaan dan parti digantung keahlian oleh UMNO sejak Januari 2023 kerana didapati melanggar peraturan parti. -MalaysiaGazette















