KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat jangkitan paru-paru.
Ka Siong menerusi laman sosial Facebook hari ini memaklumkan, beliau dimasukkan ke hospital kelmarin dan kini menerima pemeriksaan rapi serta rawatan selama kira-kira seminggu.
Sehubungan itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, beliau tidak dapat menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat sepanjang tempoh tersebut.
“Saya juga telah memaklumkan kepada YB Tan Sri Speaker berhubung perkara ini,” katanya.
Dalam masa sama, Ka Siong turut memohon maaf kerana tidak tidak dapat memenuhi undangan ke program-program yang diaturkan lebih awal.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kesembuhan saya,” katanya. – MalaysiaGazette
















