Keadaan lori yang melanggar tiang papan tanda di Kilometer 29.1, Lebuhraya Elite dari Gamuda Cove menghala ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda iklan di Kilometer 29.1, Lebuhraya Elite dari Gamuda Cove menghala ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.42 petang dan tiba di lokasi nahas 18 minit kemudian.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian mendapati nahas itu melibatkan dua orang, termasuk seorang kelindan lelaki berusia 22.

Akibat pelanggaran itu mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa, 48, dan kelidan adalah anak beranak.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast