Kejadian kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar di Jengka 24, Jerantut.

KUANTAN – Seorang pemandu maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar di Jengka 24, Jerantut pagi tadi. pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 11.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, nahas berlaku semasa lori Hino dipandu mangsa dari arah Bukit Nikmat menghala ke Pulau Tawar tidak sempat mengelak sebuah lori rigid berada melintang di tengah jalan selepas selesai membuang pasir di sebelah kiri jalan (dari arah Bukit Nikmat).

Akibat kemalangan itu, mangsa, Ahmad Shalabay Abdul Hamid, 55 telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori rigid yang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Azahari berkata, hasill siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori rigid yang menghalang laluan lori Hino yang sedang bergerak lurus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast