Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Lok Heng-Mawai Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lori di kilometer 35 Jalan Lok Heng-Mawai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 12.24 tengah hari membabitkan motosikal jenis Y16ZR dan lori Isuzu.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari Bandar Penawar ke Mawai iaitu lelaki tempatan berusia 35 tahun terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“Motosikal ditunggang mangsa iaitu Hairul Razman bertembung dengan lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan yang berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

Katanya, pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh lima tahun.- MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast