Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang suri rumah untuk menambah pendapatan tidak kesampaian apabila wang simpanannya RM93,300 ‘hangus’ selepas melabur dalam  pelaburan tidak wujud hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, wanita berkenaan, 55, dipercayai tertarik dengan iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi hingga RM100,000.

Jelasnya, mangsa melihat iklan berkenaan ketika melayari aplikasi TikTok pukul 11 malam, pada 25 November 2025.

“Mangsa yang berminat telah menghantar mesej ke akaun TikTok terbabit dan berhubung melalui chatbox sebelum diminta untuk membuat pembayaran sebagai modal pelaburan.

“Mangsa kemudian membuat sebanyak 20 transaksi antara 25 Disember hingga 21 Januari 2026 melibatkan sejumlah RM93,0000 kepada beberapa akauan berbeza atas nama syarikat dan idividu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, namun mangsa masih lagi diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan yang dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu.

Mangsa katanya, kemudian membuat laporan polis mendakwa diperdaya sindiket berkenaan dengan kerugian RM93,0000.

Raub berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk semakan akaun bank yang terlibat, pengesanan pemilik akauan serta talian komunikasi yang digunakan oleh suspek.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.

“Selain itu, orang diharap tidak membuat sebarang transaksi kewangan tanpa membuat semakan dengan pihak berkuasa atau institusi kewangan yang sah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast