Nawal Shahirah Mohd Jamil.

KUALA LUMPUR – Pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil yang dilapor hilang sejak Selasa lalu masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan.

Ujarnya, siasatan yang dijalankan termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar itu.

“Siasatan menyeluruh dijalankan termasuk meneliti semua petunjuk yang ada bagi mengesan keberadaan mangsa. Ia termasuk pemeriksaan CCTV di kediaman mangsa, jadi siasatan dijalankan merangkumi semua sudut,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai rekod, baru-baru ini dilaporkan mahasiswa berusia 23 tahun itu hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14 pada Selasa lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast