SHAH ALAM – Isu berkaitan rumah ibadat, termasuk kuil Hindu, perlu ditangani secara tenang melalui undang-undang, dialog dan rundingan berhemah, bukan melalui konfrontasi yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat majmuk.
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman berkata demikian ketika menyokong pendirian Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Fahmi Ngah, yang menegaskan konfrontasi bukan pendekatan wajar menurut ajaran Islam.
Sebaliknya nilai keharmonian, keakraban antara kaum dan saling menghormati perlu menjadi asas dalam menangani isu sensitif agama.
Menurut Paparaidu, sebarang pertikaian melibatkan rumah ibadat mesti diselesaikan melalui saluran undang-undang dan perbincangan berhemah, tanpa dipengaruhi emosi atau tekanan awam.
“Sebarang keputusan berkaitan status atau pembangunan rumah ibadat adalah tertakluk kepada dasar kerajaan serta pertimbangan teknikal pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, pihaknya sentiasa bersedia untuk bertemu mana-mana pihak yang memerlukan penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan, termasuk mengadakan sesi dialog atau turun padang bagi tujuan penerangan.
Paparaidu berkata penggunaan istilah atau naratif provokatif dalam membincangkan isu rumah ibadat adalah tidak wajar kerana boleh menjejaskan keharmonian sosial serta memperuncing sensitiviti agama.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kehadiran Perdana Mneteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke Batu Caves menjelang sambutan Thaipusam lalu mencerminkan komitmen kepimpinan negara dan negeri dalam memelihara keharmonian antara agama.
“Isu sensitif agama mesti ditangani dengan penuh hormat, dialog terbuka dan melalui saluran sah demi kestabilan serta perpaduan masyarakat Malaysia,” ujarnya. -MalaysiaGazette
















Benda simple jaa.. tak payah lah nak play victim.. JANGAN CEROBOH tanah org.. itu jaa..bina kuil ikut undang2… tak ada lah masalah akan timbul..