Dr. Kannan Raman (empat dari kanan) bersama sukarelawan dan ahli jawatankuasa penduduk di Pangsapuri Puchong Permai, Puchong, Selangor.

PUCHONG – Penduduk berpendapatan rendah di Pangsapuri Puchong Permai di sini mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menerima sumbangan barangan keperluan dapur.

Antara barangan sumbangan itu termasuk beras, sayur-sayuran serta barangan keperluan asas lain.

Sumbangan itu diusahakan oleh Persatuan Pembangunan Masyarakat dan Alam Selangor (HANDS) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain serta mendapat kerjasama jawatankuasa penduduk setempat.

Penduduk memilih barangan keperluan asas termasuk sayur-sayuran hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaaan di Puchong.

Sumbangan HANDS itu telah dimanfaatkan kepada kira-kira 300 penduduk di situ sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

Presiden HANDS, Datuk Dr. Kannan Raman memberitahu, sumbangan itu dapat meringankan beban penduduk berpendapatan rendah.

Jelasnya, barangan keperluan asas itu adalah sumbangan dari pelbagai pihak dan NGO termasuk individu.

Menurutnya, ia merupakan aktiviti kali keenam HANDS pada tahun ini sejak penubuhannya lapan tahun lalu.

“Tahun lalu sahaja HANDS telah mengadakan beberapa aktiviti yang sama sekitar negeri Selangor. Sejak penubuhan HANDS, setiap tahun kita menyantuni dan menyampaikan pelbagai sumbangan kepada penduduk berpendapatan rendah.

“Sebelum Ramadan dan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, kita merancang satu lagi program yang lebih besar bagi membolehkan penduduk berpendapatan rendah mendapat barangan keperluan asas secara percuma,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast