Keadaan rumah dua mangsa yang maut dalam kebakaran di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Punca kematian seorang wanita hamil dan seorang lelaki dalam kebakaran di Taman Damai Jaya, Skudai di sini semalam adalah kerana melecur.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah akibat kecederaan terbakar kira-kira 45 peratus pada tubuh badan.

“Siasatan punca kebakaran kini dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM serta Unit Forensik PDRM Johor.

“Setakat ini, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah. Namun siasatan masih diteruskan sementara menunggu laporan penuh daripada pihak bomba,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Senai di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, polis memanggil lima individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran tersebut.

Setakat ini kata beliau, pihaknya sudah merakam keterangan lebih lima saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (Sudden Death Report – SDR).

“Saksi yang dipanggil antaranya pemilik rumah, suami kepada salah seorang mangsa serta beberapa jiran yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Kejadian itu yang berlaku di rumah teres dua tingkat di taman berkenaan pukul 5 pagi itu mengorbankan Wan Nurkhairani Wan Norzaini, 21, dan Mohd Shahrizal Yap, 22.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast