KUALA LUMPUR – Pelakon versatil dari Korea Selatan, Lee Je Hoon bakal berkunjung ke Malaysia, April ini bagi meraikan ulang tahun dua dekad perjalanan kerjayanya bersama peminat di negara ini.
Bintang terkenal dengan drama Taxi Driver itu akan menganjurkan 2026 Lee Je Hoon Fanmeeting [Our 20th Moment] di Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 11 April.
Dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity dan dianjur bersama TopGallant Show, acara yang bermula jam 6 petang itu menjadi sambutan penting buat pelakon yang memulakan kerjaya 20 tahun lalu.
Acara tersebut turut menawarkan pelbagai manfaat eksklusif kepada peminat, termasuk sesi “Hi-Touch”, sound check, Polaroid bertandatangan serta peluang bergambar.
Tiket untuk sesi pertemuan peminat ini, dengan harga mengikut beberapa kategori daripada RM888 hingga RM4,988, akan mula dijual pada 25 Februari, jam 12 tengah hari menerusi Fantopia, Trip.com dan Ctrip. -MalaysiaGazette
















