Azalina Othman Said

PUTRAJAYA – Pemilik tanah yang berdepan isu pencerobohan dinasihat tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku sebaliknya menggunakan saluran perundangan yang betul dan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dokumen yang direkodkan secara rasmi sama ada melalui laporan polis atau notis guaman diperlu dalam sebarang pertikaian hak milik atau bantahan terhadap pembinaan di atas tanah yang didakwa diceroboh.

Menurut beliau, sekiranya tidak didokumentasikan, tindakan sendiri oleh pemilik tanah boleh menimbulkan implikasi undang-undang serta risiko tindakan balas selain menyukarkan penentuan hak milik sebenar.

“Saya agak sukar untuk mengulas kerana jika tuan punya tanah mengambil tindakan sendiri, mungkin akan wujud implikasi atau tindakan balas dari sudut undang-undang.

“Kita juga tidak mengetahui keseluruhan cerita di sebalik sesuatu pertikaian. Mungkin nama A tertera tetapi hak milik sebenar milik B. Mungkin juga pernah diberikan kebenaran sebelum ini yang tidak direkodkan atau terdapat bayaran tertentu yang dibuat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program pelepasan Dasar Peluang Kedua Fast Track 2026 di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang (BHUU) di sini hari ini.

Azalina dimita mengulas mengenai ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor mengenai beberapa langkah perlu diambil pemilik tanah sekiranya berlaku pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyeru pemilik tanah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan pendakwaan dilakukan sekiranya kesalahan pencerobohan dapat dibuktikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast