Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melancarkan program pelepasan Dasar Peluang Kedua Fast Track 2026 di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang (BHUU) di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Golongan yang terjerumus dalam masalah kewangan dengan beban hutang tinggi dinasihatkan datang ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terlebih dahulu untuk meminta bantuan kaunseling.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kehadiran ke AKPK tidak semestinya menyebabkan seseorang individu itu perlu terus membuka fail permohonan untuk proses kebankrapan.

Sebaliknya menurut beliau, pihak agensi itu akan membantu sedaya mungkin dengan memberi panduan untuk menguruskan perbelanjaan kewangan individu tersebut.

“Saya rasa AKPK kalau pun dia belum lagi dalam permohonan kebankruptan, dia hendak minta kaunseling untuk kredit, mereka masih boleh pergi ke AKPK.

“Di AKPK ini, mereka tidak semestinya perlu ada fail atau apa-apa permohonan bankrap kerana sesiapa sahaja boleh datang ke AKPK.

“Jadi sekiranya mereka berdepan beban hutang yang tidak boleh lagi diuruskan, AKPK akan memberi anda kaunseling dan mereka akan membimbing untuk bagaimana melakukan perbelanjaan dengan cara mengimbangi pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program pelepasan Dasar Peluang Kedua Fast Track 2026 di Bangunan Hal Ehwal Undang-undang (BHUU) di sini hari ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

Mengulas lanjut, Azalina menambah, kaunseling yang diberikan AKPK boleh memberi panduan untuk membantu seseorang itu daripada membuat permohonan kebankrapan.

Kata beliau, pendekatan itu mampu mengelakkan golongan itu tidak pergi ke mahkamah terlebih dahulu.

“Jangan sampai pergi ke mahkamah dan permohonan (bankrap) tetapi itu mungkin sebelum dia dalam keadaan bankrapan oleh syarikat atas dia menyedari dia tidak ada kemampuan.

“Tetapi dalam keadaan bila kebankrapan diambil oleh syarikat atas permohonan yang macam saya sebut lah macam mikrokredit yang jumlah kecil tetapi campur dengan kadar bungan, dia jadi tinggi dan dia tak boleh di mana dia pergi AKPK pun dia tak ada pendapatan hendak tolak untuk berkompromi kredit pembayar dan kadang-kadang yang beri pinjam duit itu setuju dengan the jumlah tertentu walaupun AKPK nak struktur semula.

“Dia pun boleh datang kepada Jabatan Insolvensi untuk proses kebankrapan dan kita galak permohonan secara atas talian dan mereka tidak perlu turun naik pejabat dan permohonan boleh ditengok sama ada boleh dibantu dan sebagau arahan kerajaan untuk peluang kedua,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast