Datuk Hishamuddin Abdul Karim
Datuk Hishamuddin Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka disifatkan langkah strategik dan tepat dalam usaha memperkukuh semula saf kepimpinan parti itu di negeri tersebut.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata, pelantikan itu juga selaras dengan keperluan semasa serta cabaran politik yang semakin dinamik.

Sambil menyatakan sokongan penuh, tambahnya, seluruh sayap Bersatu Bahagian Kota Melaka juga bersedia untuk memberikan kerjasama serta bantuan sepenuhnya terhadap Ahli Parlimen Putrajaya berkenaan.

Ujarnya, bagi memastikan agenda pengukuhan Bersatu di Melaka dapat dilaksanakan dengan tersusun, berkesan dan berfokus kepada kemenangan parti.

“Semoga dengan kepimpinan baharu ini, Bersatu Negeri Melaka akan terus bangkit, lebih tersusun dan mara ke hadapan demi perjuangan parti serta kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan Mohd Radzi sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, pelantikan naib presiden yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden Bersatu itu dibuat dengan mengambil kira pengalaman dan kepimpinan beliau yang mampu membina kekuatan dalam kalangan pemimpin baharu serta komited kepada idealisme perjuangan parti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast