Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya. Foto MOHD ADZLAN.

KUALA LUMPUR- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikenakan denda AS$1,250 (RM4,900) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas didapati lewat menghantar permohonan kelulusan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Tatatertib AFC menerusi pengumuman rasmi di mana kesalahan itu membabitkan aksi persahabatan antara Negeri Sembilan dan Timor Leste yang berlangsung pada 9 November tahun lalu.

Perlawanan itu menjadi medan pemanas badan buat Timor Leste sebelum menghadapi Tajikistan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Dalam aksi berkenaan, Negeri Sembilan yang ketika itu dibimbing Nidzam Jamil menewaskan Timor Leste 2-1 dengan dua gol dijaringkan penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Sementara itu, FAM bukan satu-satunya persatuan bola sepak kebangsaan yang dikenakan tindakan kerana kesalahan lewat menghantar permohonan kelulusan perlawanan antarabangsa Tier 2.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast