Aksi kalah mati Liga Juara-Juara turut menyaksikan PSG akan menentang Chelsea.

LONDON – Aksi kalah mati Liga Juara-Juara buat kali kelima berturut-turut menemukan Real Madrid dan Manchester City selepas diundi dalam kelompok 16 terakhir hari ini manakala juara bertahan, Paris Saint-Germain akan berdepan Chelsea.

Juara Sepanyol dengan rekod 15 kali pemenang Eropah itu akan menanti kehadiran City pada pusingan pertama di Santiago Bernabeu bulan depan sebelum berkunjung ke England minggu berikutnya.

Kelab itu sudah bertemu sesama sendiri musim ini dengan skuad Pep Guardiola menang 2-1 di Madrid pada Disember ketika fasa liga ketika kelab Liga Perdana Inggeris itu menamatkan saingan di tangga kelapan manakala Real kesembilan.

City yang merupakan juara pada 2023 mara ke terus kelompok 16 terakhir manakala Madrid perlu melalui fasa kalah mati ‘play-offs’ dan mereka menewaskan Benfica 3-1 secara agregat.

Ini adalah musim kelapan kedua-dua pasukan bertemu sesama sendiri sejak 2012.

Real menewaskan City pada fasa kalah mati musim lalu dan pada suku akhir sebelum menang trofi pada 2024.

Mereka juga menang pada separuh akhir 2022 dengan City menang peringkat sama tahun berikutnya.

PSG pula akan menanti Chelsea pada aksi pertama selepas layak ke pusingan ini apabila menang 5-4 secara agregat mengatasi lawan Ligue 1, Monaco pada play-offs.

Chelsea mara terus ke kelompok 16 terakhir selepas berkedudukan keenam fasa liga.

Sementara itu, Newcastle United akan menentang Barcelona denhan aksi pertama di St James’ Park – skuad dari Sepanyol itu menang 2-1 di sana ketika fasa liga pada September.

Kelab Inggeris mencipta rekod dengan enam kelab layak ke kelompok 16 terakhir.

Liverpool akan sekali lagi bertemu Galatasaray, gergasi Turkiye yang menewaskan kelab dari Anfield itu 1-0 pada September.

Arsenal akan berdepan Bayer Leverkusen dan Tottenham Hotspur diundi bertemu Atletico Madrid. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast