Caprice

KUALA LUMPUR – Selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj negara, pempengaruh media sosial, Caprice tampil membongkar konon ada gerakan melibatkan campur angan ejen luar negara.

“Bismillah, doa for our safety. Kami akan start bongkar satu gerakan luar biasa yang terlibat foreign agents. We got emails, whistleblowers dan links to semua yang terlibat,” tulisnya dalam hantaran media sosialnya hari ini.

Usaha itu dikatakan melibatkan syarikat media luar negara dan dikaitkan dengan sebuah keluarga berpengaruh di negara ini.

Caprice juga berkata, pihaknya tidak mampu menyiasat kes berkenaan berseorangan dan meminta bantuan PDRM.

“Salam @pdrmsia_official pihak kami tak mampu handle kes ni sorang sorang… Bukit Aman wajib serbu setiap orang, cyber-troopers dan accounts yang terlibat. Siapa fund mereka? Siapa contact mereka? InsyaAllah kita akan dapat kesan siapa kepala penghianat ni dekat Malaysia,” kata Caprice.

BACA:  Dakwaan jatuhkan kerajaan: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan

Sementara itu, menurut laporan Bernama, maklumat itu juga diperoleh hasil laporan polis yang dibuat seorang individu di ibu negara pada 10.29 pagi semalam.

Berdasarkan laporan itu, pengadu mendakwa terdapat perbincangan dalam kalangan sekumpulan individu yang merancang menggunakan sekurang-kurangnya lima media antarabangsa bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Laporan itu mendakwa tekanan tersebut dibuat khususnya berkaitan usaha menggugurkan dakwaan dalam siasatan melibatkan agensi tersebut.

Selain itu, pengadu turut mendakwa khidmat pelobi di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) turut digunakan bagi memberi tekanan kepada Malaysia.

Pengadu turut mendakwa kaedah penggunaan pelobi itu didakwa merupakan strategi profesional yang lazim digunakan untuk mempengaruhi dasar sesebuah negara serta hala tuju sesuatu isu di peringkat global. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Cubaan sabotaj negara: Polis siasat pempengaruh, media asing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast