MELAKA – Mengangkat suasana taman yang mendamaikan jiwa, MITC Hotel tampil dengan kelainan tersendiri menerusi Bufet Ramadan 2026 yang berlangsung di Brisu Courtyard sehingga 19 Mac ini.
Bukan sekadar lokasi berbuka puasa, ruang terbuka yang dihias indah itu seolah-olah bertukar menjadi ‘syurga kulinari’ apabila deretan gerai makanan menyajikan pelbagai hidangan tradisi Melaka.
Pengurusnya, Halmi Ramli berkata, semua itu diinspirasikan daripada kemuliaan Ramadan selain aneka masakan Asia yang membangkitkan selera.

“Konsep santai dan healing diketengahkan ini bertujuan memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung yang ingin berbuka dalam suasana lebih tenang bersama keluarga, rakan sekerja mahupun sahabat handai.
“Bufet ini bukan sahaja tentang makanan tetapi kita mahu tetamu rasa seperti berbuka di taman yang jauh daripada kesibukan harian,” katanya.
Selain itu, katanya setiap hari barisan chef tampil dengan lima set menu berbeza dengan lebih 100 hidangan supaya pengunjung tidak jemu, selain menikmati persembahan muzik asli sepanjang waktu berbuka.

“Antara tarikan utama sudah tentu kambing golek yang menjadi rebutan, kuetiau lambak selain pelbagai juadah panas yang disediakan secara langsung oleh cef berpengalaman hotel.
“Aspek keselesaan beribadah turut diberi perhatian dengan penyediaan surau lengkap dan selesa untuk para tetamu dan bermula tahun ini juga, kaunter zakat fitrah disediakan bagi memudahkan pengunjung menunaikan kewajipan masing-masing,” katanya.

MITC Hotel juga katanya turut mengedarkan baucar penghargaan kepada 30,000 rakyat Melaka yang membuat tempahan awal sejak Disember tahun lalu. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian 017-375 3031
Terdahulu, majlis prapelancaran bufet berkenaan turut diserikan dengan tazkirah Ramadan, bacaan Yasin dan doa selamat yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat sebelum para tetamu menikmati juadah berbuka. – MalaysiaGazette
















