KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sistem pengesanan dan amaran pejalan kaki pintar Smart Sensor Awareness (SENSA) di kawasan berisiko tinggi seperti persekitaran sekolah.
MBSJ berkata, sistem yang berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) itu diperkenakan demi memperkukuh tahap keselamatan pengguna jalan raya,
Sistem tersebut berupaya mengesan kehadiran pejalan kaki secara automatik serta mengaktifkan amaran audio dan visual secara masa nyata kepada pemandu dan pejalan kaki.
“Ia turut dilengkapi pemantauan kamera 24 jam sebagai langkah sokongan keselamatan dan pencegahan jenayah,” katanya menerusi kenyataan.
Menurutnya, SENSA mengintegrasikan kamera pintar beranalitik AI, pembesar suara (horn speaker) serta lampu bar LED biru sebagai isyarat visual yang jelas dan berkesan bagi meningkatkan tahap kewaspadaan pengguna jalan raya.
“Sebagai projek perintis, sistem ini telah dipasang di lintasan pejalan kaki hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai dan akan diperluaskan secara berperingkat ke lokasi strategik lain dalam kawasan pentadbiran MBSJ.
“Pelaksanaannya yang menggunakan tenaga solar adalah selaras dengan aspirasi pembangunan Bandar Pintar serta komitmen ke arah bandar rendah karbon,”jelasnya. – MalaysiaGazette
















