Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan Industri, Datuk Seri Johari Ghani hadir Majlis Sentuhan Ramadan Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk di Madrasah Rajaiyah @Surau Jawa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 MAC 2026

KUALA LUMPUR – Keputusan sama Barisan Nasional (BN) akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan dibuat oleh mesyuarat parti gabungan itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setakat ini, BN kekal untuk bertanding secara sendiri tanpa sebarang gabungan rasmi dengan mana-mana parti.

“Kalau kita pergi pilihan raya, kita tetap pergi PRU di bawah Barisan Nasional. Sama ada kerjasama sebelum atau selepas itu, itu soal yang akan dibincangkan dalam parti kita, dalam BN.

“Soalan Anthony (Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke) mengenai hala tuju kerangka Madani bagi mendepani PRU-16 dibuat kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) adalah presiden mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Sentuhan Ramadan: Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk, Sumbangan Kaca Mata Belia Sekolah dan Majlis Berbuka Puasa anjuran  ajlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) di sini hari ini.
Turut Presiden MBWP, Khairul Rizam Abu Samah.

Baru-baru ini, Anthony dilaporkan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan strategi kerjasama Kerajaan Perpaduan menjelang PRU-16.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita, Anthony dilapor berkata, tidak logik untuk parti Kerajaan Perpaduan bekerjasama di Parlimen tetapi bersaing di peringkat negeri.

Baru-baru ini, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersaing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun sekutu dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

September lalu, Anthony mencadangkan PRN di 11 negeri Semenanjung diadakan serentak dengan PRU16 bagi menjimatkan kos dan penyelarasan penggal.

Beliau berkata, ia amalan biasa sehingga 2021-2022.

PRU-15 diadakan pada 19 November 2022 tetapi Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan Terengganu menangguhkan PRN kerana bimbang berlaku banjir pada akhir tahun.

Enam negeri itu mengadakan PRN pada 12 Ogos 2023. Hanya Perlis, Perak dan Pahang mengadakan PRN serentak dengan PRU15.

DUN Melaka dijadualkan dibubarkan menjelang Disember ini manakala penggal kerajaan Sarawak akan tamat 14 Februari tahun depan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast