Motosikal milik mangsa terpelosok di bawah penghadang jalan selepas terlibat dalam nahas di Jalan Masai Lama.

JOHOR BAHRU – Seorang gadis maut manakala ibunya parah selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Masai Lama, Masai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 10.20 pagi dan hanya melibatkan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang naiki mangsa.

“Motosikal berkenaan ditunggang seorang wanita berusia 20 tahun pembonceng pula adalah ibunya yang berusia 47 tahun.

“Semasa melalui  lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya parah dan kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast